ok, I really miss blogging and here I am updating. hee
So just a quick one and a reminder to me. yes, this is for me, tests are just around the corner and Hada, please do your best cos this is your final year Hada!
Nowwww, I desperately wanna update in Malay language after reading some blogs which boasts nice flow of Malay language sentence structures, and I feel like I want to update in Malay for now. ^^)
* Hada, it is soo not important for you to say that. =.= * haha!
In 3...2....1.....
Ketenangan. Itu yang saya rasa saat ini. *wah, bahasa dia, hehe :) *
Sekarang ni, perlu bahagikan masa dengan lebih elok lagi sebab projeks dah mula memanggil dan kadang-kadang rasa macam nak menangis pun ada. exams, projeks.. Bukan apa, takut nanti jadi yang sebaliknya. ya Allah, kuatkanlah semangat ku, Amin..
Teringat pesanan mama dan baba supaya belajar dan ingat masa depan. Adakah sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu?
mama n baba selalu cakap ayat ni. hehe..:)
ni ayat Al-Quran tapi ayat Quran lagi complete. mama cuma cakap half of it je. hee
Tapi kan, tadi buka u - tube nak dengar surah AL- Mulk sebab nak fasihkan lagi hafalan. Surah Al Qalam bila nak habis ni, Hadaaaaa..
Jadi, tertarik untuk mendengar bacaan dari Imam Masjidil haram,
Syaikh Abdurrahman bin ‘Abdil ‘Aziz as-Sudais. Subhanallah, sedap sungguh dan menusuk ke kalbu bacaan imam Masjidil Haram ni kan. teringat hari tu, beliau datang ke Malaysia, jadi imam di salah sebuah masjid untuk mengimamkan solat Jumaat.
Yang best tu, bila dah selesai, ramai jemaah berpusu-pusu nak bersalaman dengan beliau. Siapa yang tak nak salam Imam besar Masjidil Haram, kan, hehe..
ok, itu bukan apa yang saya nak sampaikan, tapi tentang vide0 surah Al Mulk dekat u-tube ni. bacaan dia surah Al Mulk dan gambar video dia tunjuk planet2 seperti bumi dari angkasa. Bumi yang kita sedang duduk ni.. :) terpesona sekejap.. MasyaAllah, kerdil sungguhhhhh kita ni kan. yelah, dia tunjuk bumi,. punyelah besar dan saya bayangkan kita semua manusia duduk dalam bumi ni. Faham tak apa yang saya cuba sampaikan? hehe. ok takpe, sila lihat gambar di bawah.
ambil dari Google, ok cuba tengok bumi kita duduk ni, dalam bumi inilah kita berada sekarang. Jadi, kecikkkkk sungguh kita kan. macam satu dot. atau zahrah. Jadi, bila tengok gambar bumi dalam video tadi, rasa macam, ok Hada you can do it! So, rasa tenanglah. heee..sebab kita semua manusia ni sama je. Bukannya kalau tak lihat gambar bumi ni tak tenang, tapi bila tenung kebesaran ciptaan Allah seperti bumi ni, kenapa kita nak rasa takut, gelisah pada apa yang kita nak buat, Allah kan ada, *err, macam tk faham je apa yang saya cuba sampaikan* hehe, takpe2, konklusinya, kita perlu berusaha, doa dan tawakkal. betul kan, hehe :)
oklah, dah lama dah ni. haha.