Ok, semasa membaca blog, tertarik dengan post saudari ni tentang video di bawah ni. Sila lah dengar dan hayati, renungi sama-sama tentang apa yang sudah jadi pada muda mudi Islam.
Murtad? Na'udzubillahmi min zaalik. :(
Sebak rasa bila menghayati klip video di bawah. Gabungan dari setiap ketua kumpulan nasyid. "Selamatkan Akidah" Bunyinya sahaja menggerunkan dan seribu soalan di fikiran.
Pada pendapat saya, muda mudi yang sudah murtad ini harus, wajib di tarbiyahkan semula, dikenalkan siapa kita, kenapa kita diciptakan, ke mana kita akan pergi selepas mati, dan adakah kita diciptakan dangan sia2 sahaja? Ingatkan mereka tentang Allah lah tuhan yang layak disembah dengan menunjukkan mereka tentang Al[Quran dan ayat-ayat yang menyuruh kita berfikir tentang Allah.
Amatlah baik jika mereka di tarbiyahkan juga tentang Al-Quran, wahyu Allah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w . Tunjukkan mereka bukti-bukti tentang kebenaran Islam yang terdapat dalam Al-Quran sendiri. Tentang sejarah Rasulullah s.a.w supaya mereka akan sedar kembali dan tidak mudah membuatt keputusan melulu tanpa pertimbangan akal yang waras.
Saya tertarik dengan firman Allah yang berbunyi, "adakah mereka ciptakan diri mereka sendiri?"
Mudah-mudahan, mereka bertaubat dengan taubatan nasuha, ...... sebelum malaikat Izrail datang mencabut nyawa!
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”
(Surah Ali Imraan )
Kalau saya di KL hari HIMPUN diadakan, saya pasti akan pergi. Tapi, saya di Singapore, jadi tak dapat lah join hari tu. Cuma terkilan kerana sedikit sahaja yang pergi HIMPUN hari tu, ini bukannya politik pun, cuma mengambil berat tentang soal ummat Islam, soal akidah!. Ketepikanlah soal politik tu, kita kan semua orang Islam, jadi, bersatulah! :(
1 comment:
betol..sy skong..
Post a Comment